Oleh Rafiuddin Abdul Rahman & Hakim Rokif (Pelatih Praktikal)
![]() |
16 Julai 2010 – Satu program khusus bagi menggarap daya kreativiti dalam penulisan skrip dokumentasi telah diadakan selama seminggu bermula pada 12 Julai, di Ibu Pejabat FINAS. Seramai 11 orang peserta telah berjaya mengikuti bengkel ini dengan baik dan lancar.
![]() |
Bengkel Penulisan Skrip Dokumentasi ini antara lain bertujuan untuk memperkenalkan beberapa genre dan teknik penulisan dokumentari TV/ filem, selain mengemukakan ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang penulis skrip dokumentari yang berjaya kepada para peserta
![]() |
Encik Azrain Arifin selaku tenaga pengajar bengkel ini turut menyatakan rasa gembira dan teruja dalam mengendalikan program ini di bawah anjuran Finas. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Puan Hajah Maimunah Hamzah selaku Pengarah Bahagian Latihan Perfileman dan turut dihadiri sama Pegawai Eksekutif Kanan, Puan Sharifah Ismail.
![]() |










