Oleh Rafiuddin Abdul Rahman
![]() |
17 Julai 2010 – Program Ekspresi Bakatmu dan sesi Ramah Mesra Bersama Artis telah berlangsung di Galeri Perfileman FINAS, Jln Pahang Kechil dengan dimeriahkan anak yatim dari Rumah Bakti Hulu Kelang, Selangor. Hadir sama Ketua Pengarah FINAS, Mohd. Mahyidin Mustakim dan Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Zulkifli Ab. Wahab.
![]() |
Program bersempena dengan pameran bertema Filem Patriotik yang dianjurkan oleh Unit Galeri Perfileman FINAS adalah antara pengisian program sepanjang pameran, sekaligus meraikan anak – anak yatim yang kurang bernasib baik dan memberi peluang kepada mereka beramah mesra bersama artis seperti Intan Ladyana dan Adi Putra. Selain itu, mereka juga sempat melawat pameran Filem Patriotik Galeri Perfileman yang sedang diadakan.
![]() |
Program Ekspresi Bakatmu juga menampilkan pelakon Hasnul Rahmat yang menjadi juri bagi mengadili persembahan lakonan yang dilakonkan peserta.
![]() |
![]() |











