Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
BERITA FINAS
Anda berada di : News >
Selasa Jul 27, 2010
BENGKEL PENERBITAN MCP HEBAT

Oleh Hakim Rokif

23 Julai – Majlis Penutupan Bengkel Penerbitan MCP telah diadakan di Studio 2 yang bertempat di Ibu Pejabat FINAS. Majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan serta sebagai tanda penghargaan kepada semua warga bengkel yang disertai oleh 11 peserta.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menambahkan lagi pengetahuan serta kemahiran teori dan amali mengenai teknik mengguna kamera video MCP, dan meningkatkan kemahiran dan memahami teknik-teknik pengendalian dari sudut subjektif dan objektif. Ia mendedahkan peserta tentang pengurusan produksi, penggunaan peralatan, penyediakan skrip, penggambaran, pencahayaan, penataan bunyi dan pasca produksi. Selain itu ianya juga bertujuan bagi melahirkan lebih ramai lagi jurukamera dan pengarah kamera video MCP

En. Zaki Abd. Rahim selaku tenaga pengajar, merasa berbangga pencapaian setiap peserta bengkel pada kali ni dan turut memberi  pujian kepada krew produksi FINAS yang bertungkus-lumus menjayakan bengkel ini. Dalam rumusan beliau, beliau menasihatkan karyawan filem muda perlu mendalami ilmu penggunaan alatan kerja ‘broadcasting’ serta meningkatkan mutu kerja serta produktiviti.

Turut terlibat sama En. Thorpe Ali dan En. Khairul, selaku juri undangan bagi menilai hasil kerja dan juga memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta. Hadir sama, Penolong Pengarah Latihan 2 FINAS, Cik Habibah Zainal Abidin dan Pegawai Eksekutif Kanan, Pn. Sharifah Ismail turut hadir bagi sesi penyampaian sijil dan cenderamata kepada setiap peserta.

Klik untuk galeri seterusnya