Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
BERITA FINAS
Anda berada di : News >
Rabu Jul 28, 2010
Pelakon 'Adnan Sempit' Jayakan Festival 2010

Oleh Hakim Rokif

24 Julai 2010 – Bersempena KL Festival 2010, FINAS , mengadakan tayangan filem terpilih kepada orang ramai. Filem ‘Adnan Sempit’ telah ditayangkan di Pawagam Coliseum Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengahari. Tayangan dimeriahkan dengan kehadiran ahli Pencinta Filem SK Sri Gombak. Pelakon filem ‘Adnan Sempit’ seperti, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana, dan Along Raja Lawak. Sesi Bersama Peminat turut diadakan sejurus tamat tayangan filem tersebut.

Sementara itu, bermula jam 8.30 malam, tayangan filem ‘Niyang Rapik’ pula di tayangkan di Pawagam Mini P. Ramlee FINAS, Hulu Kelang. Filem yang dibintangi para pelakon handalan seperti Lyana Jasmay, Awal Ashaari, Shaheizy Sam, Kamal Adli, diadakan secara percuma untuk tontonan ramai.

Sambutan yang menggalakkan semasa tayangan filem ‘Adnan Sempit’ dapat dilihat melalui kehadiran ramai warga kota membanjiri Pawagam Coliseum bagi menonton filem popular itu serta tidak melepaskan peluang untuk bersua-muka dengan para pelakon utama filem ‘Adnan Sempit’.

Klik untuk galeri seterusnya