Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
Perlesenan: Permohonan Lesen Baru
Anda berada di : Utama > Perlesenan

GARIS PANDUAN / TATACARA PERMOHONAN LESEN BARU

(Pengeluaran Filem – PF/PV, Pengedaran Filem – DF/DV dan Pameran Filem – EF/EV)
  1. Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Lesen Baru (BPL-1) dengan lengkap.
    Borang BPL-1 boleh didapati di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, Ampang, 68000 Selangor Darul Ehsan, No. Tel: 03-41041300 dan No. Fax: 03-41084537 atau Pejabat-Pejabat Wilayah / Cawangan Perlesenan.

  2. Borang BPL-1 yang lengkap diisi hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut:-

    a) Bagi permohonan pemilikan tunggal/perkongsian (Pendaftaran Perniagaan)
    • Memorandum Tataurusan Syarikat
    • Butir-butir Pemegang Syer (Borang 24) atau Perubahan Syer (Borang 32A) jika ada
    • Butir-butir Pengarah (Borang 49)

    b) Bagi permohonan pemilikan Sdn. Bhd. (Pendaftaran Syarikat)
    • Memorandum Tataurusan Syarikat
    • Butir-butir Pemegang Syer (Borang 24) atau Perubahan Syer (Borang 32A) jika ada.
    • Butir-butir Pengarah (Borang 49)

    c) Bagi syarikat yang ada ekuiti asing, bagi 5 tahun pertama minimum 30% ekuiti hendaklah dipegang oleh rakyat Malaysia dimana minimum 30% daripada ekuiti rakyat Malaysia itu hendaklah dipegang oleh Bumiputra. Bagi tahun keenam dan seterusnya, pemegang ekuiti rakyat Malaysia hendaklah minimum 49% dan daripada ekuiti rakyat Malaysia itu minimum 30% dipegang oleh Bumiputra.

  3. Surat Perjanjian Sewa Premis/Lot Perniagaan
    (Bagi pemohon yang menjalankan perniagaan di kompleks perniagaan, gerai atau pasar yang kekal dibina oleh Kerajaan atau Swasta).

  4. Surat Kelulusan atau Lesen Hiburan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
    (Bagi pemohon yang menjalankan perniagaan karaoke)

  5. Bagi Permohonan PF/PV dan DF sahaja:-
    • Modal Berbayar tidak kurang daripada RM50,000
    • Biodata semua pemegang syer syarikat.
    • Perancangan pengeluaran / penerbitan samada drama, telemovie, iklan dan lain-lain bagi tempoh 3 tahun dalam bentuk jam.
    • Penyata akaun semasa syarikat bagi tempoh 3 bulan terakhir.
    • Salah seorang pemegang syer mestilah menjadi ahli mana-mana persatuan samada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja-Pekerja Filem Malaysia (PPFM) atau Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) dengan mengemukakan salinan resit bayaran atau salinan kad ahli persatuan yang masih sah. (Bagi pemohon lesen PF sahaja).
    • Senarai alat perfileman (jika ada).
    • Surat kelulusan dari MIDA dan lain-lain surat yang berkaitan (bagi pemohon lesen PV sahaja)

  6. Fee lesen dan deposit adalah seperti berikut:-
    Lesen PF – Deposit RM1,000.00 Fee RM100.00
    Lesen PV – Deposit RM5,000.00 Fee RM100.00
    Lesen DV – Deposit RM2,500.00 Fee RM400.00
    Lesen DF – Deposit RM1,000.00 Fee RM400.00
    Lesen EF – Deposit RM1,000.00 Fee RM100.00
    Lesen EV – Deposit RM1,000.00 Fee RM100.00

  7. Semua pembayaran hendaklah dibuat melalui Bank Draf atau Kiriman Wang (Money Order) sahaja atas nama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia atau FINAS. Wang tunai tidak diterima.

Sila muat turun borang Permohonan Lesen Baru di pautan di bawah.

Dikemaskini Pada 19/11/09 12:00 AM