Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
BERITA FINAS
Anda berada di : Utama > Berita Terkini
Selasa Ogos 10, 2010

10 Ogos 2010 – Buku  bergambar   ini dujual pada harga RM100 dan mempunyai 300 muka halaman bercetak yang boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Jabatan Penerangan Malaysia Kuala Lumpur. Antara kandungan buku ini menyentuh mengenai pelbagai aspek pentadbiran dan pencapaian serta usaha Perdana Menteri Malaysia dalam melaksanakan proses transformasi negara, termasuk m

Sabtu Ogos 07, 2010

7 Ogos 2010 – Pertubuhan NGO’S (PEMANIS) dengan kerjasama FINAS telah mengadakan satu Program Ramah Mesra Bersama Artis dan Ekspresi Bakatmu yang bertempat di Galeri Perfileman FINAS, Jalan Pahang Kechil. Program kali ke-3, bersempena dengan pameran bertema Filem Patriotik yang dianjurkan oleh Unit Galeri Perfileman FINAS adalah antara pengisian program sepanjang pameran. Kedatangan Rombongan PEMANIS turut melawat pameran Filem Patriotik Galeri Perfileman yang sedang diadakan.

Selasa Ogos 03, 2010

29 Julai 2010 – Unit Pejabat Persatuan - persatuan Perfileman yang dulunya berada di Kompleks Studio Merdeka FINAS kini telah berpindah ke Desa Melawati. Majlis perasmian dan bacaan doa selamat yang berlangsung pada jam 4.30 petang itu, telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah FINAS, Mohd Mahyidin Mustakim.

Sabtu Jul 31, 2010

31 Julai 2010 - Galeri Perfileman FINAS telah mengadakan Program Ramah Mesra Bersama Artis dan Program Ekspresi Bakatmu bersama Rakan Galeri dan anak-anak yatim dari Rumah Amal Siraman Kasih yang dihadiri seramai 120 orang. Bagi memeriahkan lagi Program Ramah Mesra Bersama Artis pihak Galeri Perfileman telah menampilkan Shaheizy Sam dan Norliana Samsudin sebagai artis jemputan dan Encik Azam Zainal sebagai moderator. Para tetamu juga telah dijemput untuk makan tengahari di khemah yang telah disediakan bersama artis jemputan.

Rabu Jul 28, 2010

24 Julai 2010 – Bersempena KL Festival 2010, FINAS , mengadakan tayangan filem terpilih kepada orang ramai. Filem ‘Adnan Sempit’ telah ditayangkan di Pawagam Coliseum Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengahari. Tayangan dimeriahkan dengan kehadiran ahli Pencinta Filem SK Sri Gombak. Pelakon filem ‘Adnan Sempit’ seperti, Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana, dan Along Raja Lawak. Sesi Bersama Peminat turut diadakan sejurus tamat tayangan filem tersebut.

Selasa Jul 27, 2010

23 Julai – Majlis Penutupan Bengkel Penerbitan MCP telah diadakan di Studio 2 yang bertempat di Ibu Pejabat FINAS. Majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan serta sebagai tanda penghargaan kepada semua warga bengkel yang disertai oleh 11 peserta.

Rabu Jul 21, 2010

17 Julai 2010 – Program Ekspresi Bakatmu  dan sesi Ramah Mesra Bersama Artis telah berlangsung di Galeri Perfileman FINAS, Jln Pahang Kechil dengan dimeriahkan anak yatim dari Rumah Bakti Hulu Kelang, Selangor. Hadir sama Ketua Pengarah FINAS, Mohd. Mahyidin Mustakim dan Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Zulkifli Ab. Wahab.

1, 2, 3 ... 14, 15, 16  Seterusnya Laman 1 dari 16