| BERITA FINAS | |||
| Anda berada di : Utama > Berita Terkini | |||
|
Khamis Sep 04, 2008 Discovery Networks Asia-Pasific, syarikat produksi dokumentari global, hari ini mengumumkan kerjasama penerbitan peringkat kedua dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia bagi program ‘Eye On Malaysia’ iaitu inisiatif yang dirangka untuk menyampaikan kepelbagaian dan keunikan Malaysia kepada dunia serta membantu karyawan filem Malaysia membangunkan program kemahiran bercerita berasaskan fakta menerusi piawaian dokumentari antarabangsa.
Isnin Ogos 25, 2008 Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-51, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan diberi mandat mengerakkan program sambutan di peringkat nasional. Pengerusi Jawatankuasa Sambutan, Datuk Seri Haji Mohd. Shafie Haji Apdal berkata, selaras dengan amalan perbelanjaan berhemah, peruntukan RM20 juta telah diluluskan kerajaan bagi acara utama semarak merdeka seperti Kempen Jalur Gemilang.
Rabu Ogos 20, 2008 Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding
bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan
rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh
kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem
Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna
kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.
Sabtu Ogos 16, 2008 Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang, Selangor telah berlangsungnya Kursus Protokol, Etiket Sosial & Peningkatan Imej dianjurkan oleh FINAS dan di kendalikan oleh GEO Power System (M) Sdn Bhd. Dengan adanya kursus sebegini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan kakitangan mengenai peraturan atau amalan etika yang diterima oleh semua pihak
Selasa Ogos 05, 2008 Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal di Odeon Covent Garden, London. Di antara jemputan kehormat yang hadir adalah Timb. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, YBrs. Encik Rustam Yahya. Program gilang - gemilang ini berlangsung dari 31 Julai – 3 Ogos 2008.
Selasa Jul 22, 2008 Datuk Ahmad Mahmud 85, yang pernah meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam FFM-3 (1983) menerusi filem Dendam Dari Pusara telah menerima bantuan wang tunai RM5000 dan sumbangan itu diserahkan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Datuk Mohd Shafie Afdal ketika menziarah beliau di Blok D, tingkat 4, katil 411, Pusat Perubatan Pantai, Lembah Pantai baru-baru ini.
Isnin Jul 21, 2008 Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2007. Seramai lebih kurang 650 orang peserta telah mendapat anugerah dan penghargaan tersebut dimana melibatkan sebanyak 13 agensi dan jabatan dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).
|
|||
|