Selamat Datang ke laman web rasmi FINAS
Kemudahan Web W3C
English    
BERITA FINAS
Anda berada di : Utama > Berita Terkini
Selasa Ogos 05, 2008

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie Hj. Apdal di Odeon Covent Garden, London. Di antara jemputan kehormat yang hadir adalah Timb. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, YBrs. Encik Rustam Yahya. Program gilang - gemilang ini berlangsung dari 31 Julai – 3 Ogos 2008.
Selasa Jul 22, 2008

Datuk Ahmad Mahmud 85, yang pernah meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam FFM-3 (1983) menerusi filem Dendam Dari Pusara telah menerima bantuan wang tunai RM5000 dan sumbangan itu diserahkan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Datuk Mohd Shafie Afdal ketika menziarah beliau di Blok D, tingkat 4, katil 411, Pusat Perubatan Pantai, Lembah Pantai baru-baru ini.
Isnin Jul 21, 2008

Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2007. Seramai lebih kurang 650 orang peserta telah mendapat anugerah dan penghargaan tersebut dimana melibatkan sebanyak 13 agensi dan jabatan dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).
Selasa Jul 15, 2008

Penderitaan beliau telah mendapat tumpuan pelbagai pihak, termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang menyalurkan sumbangan berjumlah RM5000 oleh Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Zulkifli Abd. Wahab. Semasa kunjungan ke rumah beliau di Taman Rasmi Jaya, Ampang, beliau ditemani isterinya Puan Kamariah dan anak beserta jiran.
Jumaat Jul 04, 2008

FINAS – Unit Latihan telah mengadakan satu bengkel ‘MasterClass’ Filem Animasi pada 25 Jun hingga 27 Jun dimana 11 peserta bengkel telah hadir dari pelbagai agensi, jabatan serta penglibat industri. Majlis yang disempurnakan oleh Pengarah Pembangunan Filem En. Abd Khalid Maulod dan diiringi oleh Prof. Hannes Rall selaku tenaga pengajar professional filem animasi dan Penolong Pengarah Unit Latihan Perfileman Pn. Maimunah.
Isnin Jun 23, 2008

Sidang media yang diadakan di Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW) bagi mengumumkan tarikh dan lokasi berlangsungnya Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) telah dihadiri oleh rakan-rakan media, sutradara filem, penerbit filem, artis-artis dan peserta-peserta yang akan terlibat di FFM21. FFM21 ini dijangka mempertandingkan 29 filem cereka, bagaimanapun hanya 20 filem dijangka layak tersenarai, manakala sembilan lagi masih dalam pemerhatian berikutan tarikh penganjuran yang semakin hampir.
Khamis Mei 29, 2008

29 MEI setiap tahun diisytiharkan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sebagai Hari Seniman dan juga sempena 35 tahun pemergian Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang julung kali diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang julung kali diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Sebelumnya  1, 2, 3 ... 12, 13, 14, 15, 16  Seterusnya Laman 13 dari 16