Finas - Announcement http://www.finas.gov.my Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia FINAS SALUR RM5000 BANTU OMAR SUWITA http://www.finas.gov.my/index.php?mod=news&id=206 Rabu Ogos 25, 2010 - "Kami terharu dan amat berterima kasih kepada FINAS dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terutamanya kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim', luah Malini anak seniman veteran Omar Suwita ketika menerima bantuan Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura pada Rabu lalu.Bantuan berjumlah  RM5,000 disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd Zulkifli Ab.Wahab. KIBARKAN JALUR GEMILANG http://www.finas.gov.my/index.php?mod=news&id=205 Ahad Ogos 22, 2010 - 22 Ogos 2010 – Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan Negara ke-53 yang jatuh pada bulan Ramadhan, FINAS dengan kerjasama Persatuan SENIMAN telah mengadakan Program Penyerahan & Kibarkan ‘Jalur Gemilang 2010’ yang diadakan di Bazar Ramadhan SENIMAN, Kompleks Gurney, Kuala Lumpur. Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara di kalangan masyarakat khususnya kepada penggiat dan karyawan filem tanah air. A LEADER LEGACY: TUN ABDUL RAZAK’ DI SALURAN NATIONAL GEOGRAPHIC CHANNEL http://www.finas.gov.my/index.php?mod=news&id=207 Isnin Ogos 23, 2010 - 23 Ogos 2010 – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan FINAS dengan kerjasama National Geographic Channel dan Astro akan menyiarkan ‘A Leader Legacy: Tun Abdul Razak’. Majlis tayangan khas dokumentari bersempena meraikan Hari Kemerdekaan ke-53 telah berlangsung di GSC Signature @ The Gardens Mid Valley City. Filem dokumentari ini adalah sebuah cerita eksklusif Tun Abdul Razak mengenai patriotism, pengorbanan dan mendahului kepentingan negara melebihi diri sendiri dan juga bagaimana beliau berdepan dengan cabaran dan menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 disamping memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Industri Kehilangan Seniwati Mariam http://www.finas.gov.my/index.php?mod=news&id=203 Rabu Ogos 11, 2010 - 11 Ogos 2010 – Allahyarham Seniwati Mariam pelakon kelahiran Singapura telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2010 di kediamannya di Yishun, Singapura. Anak Allahyarham iaitu En. Rafik telah menerima sumbangan khairat kematian Tabung Kebajikan Penggiat Seni berjumlah RM5,000 yang disalurkan oleh FINAS sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Mohd Zulkifli Ab. Wahab di FINAS hari ini. Rakan Galeri dan Rumah Amal Siraman Kasih di Galeri http://www.finas.gov.my/index.php?mod=news&id=199 Sabtu Jul 31, 2010 - 31 Julai 2010 - Galeri Perfileman FINAS telah mengadakan Program Ramah Mesra Bersama Artis dan Program Ekspresi Bakatmu bersama Rakan Galeri dan anak-anak yatim dari Rumah Amal Siraman Kasih yang dihadiri seramai 120 orang. Bagi memeriahkan lagi Program Ramah Mesra Bersama Artis pihak Galeri Perfileman telah menampilkan Shaheizy Sam dan Norliana Samsudin sebagai artis jemputan dan Encik Azam Zainal sebagai moderator. Para tetamu juga telah dijemput untuk makan tengahari di khemah yang telah disediakan bersama artis jemputan.