Kuala Terengganu, 22 Mei – Dalam meningkatkan kemahiran dan pembangunan modal insan di kalangan tenaga produksi dalaman, FINAS melalui Bahagian Kreatif Teknikal dengan usahasama Infomedia Network Sdn Bhd menganjurkan Bengkel Penerbitan Drone bermula 20 Mei lalu sehingga 24 Mei 2017 ini bertempat di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus Terengganu.
Bengkel ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan secara terperinci kepada 24 peserta berkaitan pengendalian teknologi drone dengan menggunakan kaedah videografik udara untuk menghasilkan penerbitan promo khidmat awam (PSA) yang berkualiti. Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang akan disambut Ogos ini, para peserta juga diberi tugasan menerbitkan sebuah promo khidmat awam (PSA) bertajuk ‘60’ yang berdurasi selama 30 saat. Usaha berterusan pihak FINAS dalam meningkatkan pembangunan modal insan ini secara tidak langsung dapat membina kompetensi individu dan organisasi.
Kredit Foto : Zara Jafery