26 JULAI 1980
Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengkaji dan membuat cadangan serta merangka undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Omar
12 DISEMBER 1980
Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dibentangkan di Dewan Rakyat oleh YB Dato' Lew Sip Hon, Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia mewakili YB Dato' Seri Mahathir Mohamed, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia dan dibahaskan oleh 13 orang Wakil Rakyat.
9 JANUARI 1981
Rang Undang-Undang dibentangkan di Dewan Negara oleh 13 orang Wakil Rakyat dan Senator menyuarakan pendapat semasa dibentangkan di Dewan Rakyat.
19 FEBRUARI 1981
Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasioanal Malaysia diwartakan secara rasminya.
1 JUN 1981
Tarikh rasmi perlaksanaan FINAS berdasarkan tarikh Mesyuarat Lembaga Pengurusan Perbadanan pertama.
18 JUN 1981
Mesyuarat Pengerusi dan Ahli Lembaga Perbadanan dirasmikan oleh Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
15 OGOS 1981
Perlantikan rasmi Ketua Pengarah FINAS yang pertama, Encik Ismail Mohd Zain.
15 OKTOBER 1981
Kumpulan pertama penjawat FINAS bertugas secara rasmi di premis No.7, Jalan Ampang Hilir
di mana FINAS bernaung di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia.
1 NOVEMBER 1981
FINAS beroperasi sepenuhnya dengan peruntukan sebanyak RM17juta di bawah RMK Ke-4.
1 SEPTEMBER 1984
Premis FINAS berpindah ke No. 198, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
15 SEPTEMBER 1984
Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Pindaan 1984 telah diwartakan dan pelaksanaannya pada tahun 1985 bagi membolehkan FINAS melesenkan syarikat-syarikat yang bergiat dalam sektor pengeluaran, pengedaran dan pemameran.
16 OKTOBER 1986
FINAS bernaung di bawah Kementerian Penerangan Malaysia
19 DISEMBER 1988
FINAS beroperasi secara rasmi di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang
27 MAC 2004
FINAS bernaung di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA).
18 MAC 2008
FINAS bernaung di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW)
9 APRIL 2009
FINAS bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)
6 APRIL 2012
Memorandum Jemaah Menteri No. M235/2012 telah bersetuju dengan cadangan penggabungan FINAS dan Filem Negara Malaysia (FNM) yang diterajui oleh FINAS
1 JANUARI 2013
Penggabungan FINAS dan Filem Negara Malaysia berkuatkuasa.
7 FEBRUARI 2013
Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan 2013) diwartakan.
15 MEI 2013 - KINI
FINAS bernaung di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)