Sekitar tayangan dan bual santai Wayang@Budiman menerusi slot Magis Gambar Hidup yang menampilkan tayangan filem Iran yang bertajuk Salaam Cinema. Filem yang dihasilkan dalam gaya dokumentari ini bermula apabila Pengarah filem, Mohsen Makhmalbaf ingin menghasilkan sebuah filem bagi merayakan usia 100 tahun sinema dengan mengiklankan pencarian 100 orang pelakon tambahan di akhbar. Namun, keadaan menjadi huru-hara dan penuh komplikasi apabila lebih 5,000 orang telah hadir ke uji bakat tersebut.
Sesi perkongsian dan sinergi ilmu anjuran Pusat Kajian & Apresiasi Filem (PKAF) ini telah dikendalikan oleh Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) UiTM sebagai moderator dan dihadiri para pelajar dan jemputan lain.