Petaling Jaya, 2 Mei – Di dalam aspirasi pembangunan industri filem melalui strategi pemerkasaan dan pelaburan ekonomi kreatif, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS hari ini telah hadir bersama dalam Program Sesi Townhall, ‘Road to MIPCOM’ anjuran Bahagian Pemasaran FINAS. Objektif utama sesi Townhall yang diadakan sebagai perkongsian strategik dua hala ini adalah berkenaan misi pemasaran nasional ke program pasaran kandungan audiovisual terbesar, MIPCOM 2019 yang dijadualkan pada 14-17 Oktober di Cannes, Perancis kepada penyedia kandungan merangkumi penerbit, pengedar dan penyiar bagi menembusi platform global di MIPCOM 2019 ini.
Pegawai Eksekutif dalam ucapannya turut menekankan kepentingan pemasaran kandungan kreatif tempatan sebagai komoditi eksport di mana ‘positioning’ Malaysia sebagai jenama di platform global akan terus diperkasakan melalui fungsi FINAS dan rakan-rakan strategik di MIPCOM 2019.
hadir, YBrs. Tn. Hj. Abd. Khalid Maulod, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, YBrs. Pn. Hjh. Subaidah Md Top, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal, YBrs. Puan Marina Yusof, Pengurus Kanan, Cawangan Unit Pembangunan Pasaran, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), YBhg. Dato’ Mohd Mahyidin Mustakim, Presiden Persatuan Creative Content Association Malaysia (CCAM), En. Pansha, Presiden Persatuan Penerbit Filem (PFM), penerbit-penerbit filem dan penggiat- penggiat industri.