#LensaSeni
Berita baik! Kerajaan bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif yang menjadi penyumbang kepada 2% bersamaan RM29 billion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.
Kelonggaran yang tertakluk kepada kelengkapan dua dos vaksin ini diharap dapat memberi kelegaan kepada lebih sejuta pekerja dan 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif. Ianya juga memberi ruang untuk pembukaan semula pawagam dengan 50% kapasiti.
Harapan saya adalah penggiat dan pekerja industri kreatif dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik. Sama-sama kita berdoa agar rezeki kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT.
YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri Malaysia
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua