#LensaFINAS
#Spotlight
Perancis, 15 Mei 2024 – Dalam inisiatif menjalin kerjasama strategik YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib telah menghadiri pasaran Marche Du Film bersempena Festival Filem Cannes ke-77. Festival yang berlangsung di Cannes, Perancis itu menyaksikan kolaborasi beberapa program utama, iaitu:
i. Jaringan Kerjasama Strategik FINAS dan Central National Du Cinema (CNC). Perbincangan bersama Jeremie Kessler, Pengarah Perhubungan Hubungan Eropah dan Antarabangsa (CNC), di Cannes, Perancis yang memfokuskan peluang kerjasama produksi (Co-Production) antara Malaysia dan Perancis serta penyertaan program sesi ‘Producers meet Producers’ di Paris.
ii. Cannes’ Directors Fortnight 2024 – Tayangan premier karya pengarah muda Malaysia, Gogularaajan Rajendran, dengan filem pendek ‘Walay Balay’ terbitan Bradley Liew Choong Khuen. Masing-masing merupakan peserta dan mentor bagi program Inkubator Untuk Pembangunan Projek Filem Cereka Malaysia (mylab) 2022 dan turut menerima bantuan Dana Penyertaan dan Promosi Antarabangsa (DPPA) daripada FINAS
FINAS komited untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa bagi memastikan industri perfileman Malaysia berkembang secara progresif dan dinamik.
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
lensa1