#LensaFINAS
Kuala Lumpur, 12 June 2024 – YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) di WTC.
Perbincangan dua hala ini bagi meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua agensi melalui:
i. Penyertaan bersama dalam Festival dan Pasaran Filem Antarabangsa untuk mempromosikan industri filem Malaysia di peringkat global;
ii. Mempromosikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran bagi menggalakkan syarikat produksi luar negara menjalankan aktiviti penggambaran di Malaysia;
iii. Penayangan filem tempatan melalui program yang dirangka sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2026;
iv. Menganjurkan lawatan familiarisasi (FAM tour) untuk penerbit filem dan pengurus lokasi dari luar negara
Turut hadir YM Raja Khairul Azman Raja Abdul Karim, Pengarah Pemasaran FINAS; En. Mohd Zokifli Abu Bakar, Pengarah Galakan Penggambaran FINAS; En. Mohd Nazrul Shah Hamid, Ketua Penolong Pengarah Pasaran Antarabangsa FINAS; dan pegawai-pegawai kanan Tourism Malaysia.
#FINASMalaysia
#Filemkitacitrakita
#MalaysiaMadani
#tourismmaysia
#visitmalaysia2026
4