PENGENALAN

Malaysia telah meneroka dan menyusun strategi bagi meningkatkan daya saing industri kreatif sebagai pemangkin utama ekonomi negara. Industri kreatif berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi di samping memartabatkan budaya bangsa.

Dana Kandungan Kreatif (“DKK”) yang dahulu dikenali sebagai Dana Industri Kandungan Digital (DIKD) dan seterusnya Dana Kandungan Digital (DKD) telah diperkenalkan pada April 2015 sebagai kesinambungan kepada Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN).

OBJEKTIF

Dana Kandungan Kreatif adalah bertujuan:

  • Menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi dan di pasaran tempatan dan antarabangsa;
  • Membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif; dan
  • Menghasilkan harta intelek (IP) Malaysia yang berdaya

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN

Syarat-syarat am permohonan DKK merupakan syarat umum yang perlu dipenuhi pemohon.

  1. Permohonan Oleh Individu:
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke
  • Tidak bankrap/insolvent dan bukan dalam prosiding kebankrapan/ tindakan perundangan yang lain;
  • Tidak sedang menerima sebarang bantuan dana daripada FINAS / mana-mana agensi kerajaan lain; dan
  • Tidak mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan ahli perbadanan, jawatankuasa atau ahli yang mempunyai hubungan dengan
  1. Permohonan Oleh Syarikat:
  • Syarikat yang berdaftar di Malaysia;
  • Syarikat berdaftar di bawah FINAS dengan lesen aktif (Pengeluaran atau Pengedaran);
  • Tidak mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan ahli perbadanan, jawatankuasa atau ahli yang mempunyai hubungan dengan FINAS;
  • Tidak sedang menerima sebarang bantuan dana daripada FINAS / mana-mana agensi kerajaan lain;
  • Telah menghadiri program bengkel anjuran FINAS;
  • Lebih daripada Lima Puluh Peratus (50%) pemilikan sah dan benefisial terletak hak pada warganegara Malaysia;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM50,000 modal syer diterbitkan dan berbayar;
  • Bukan dalam perintah penggulungan dan bukan dalam apa- apa tindakan perundangan yang lain;
  • Bukan dalam tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga; dan
  • Baki penyata kewangan terkini syarikat hendaklah sekurang-kurangnya 5% dari jumlah kos produksi.

Selain syarat-syarat am di atas, syarat-syarat khusus akan ditetapkan mengikut skop & jenis dana yang akan dibuka.

PROSES PERMOHONAN

Sila rujuk lampiran GARIS PANDUAN DANA KANDUNGAN KREATIF (DKK). *hyperlink fail pdf garis panduan

KATEGORI DANA & TEMPOH PERMOHONAN

Penawaran Dana DKK akan dimaklumkan melalui pengiklanan di laman sesawang, media sosial rasmi FINAS dan laman Sistem Pengurusan & Pemantauan Industri Kreatif (SPPIK) dari semasa ke semasa. *hyperlink SPPIK

HUBUNGI KAMI

DANA MIKRO, DANA PRODUKSI & DANA PEMBANGUNAN SAHAJA
PERKARA NO. TELEFON EMEL
PERMOHONAN 03-4101 0714 / 0715 / 0718 / 0719 / 0723  

 

infodkd@finas.my

PERJANJIAN KONTRAK 03-4101 0720 / 0722 / 0724
PERBATUAN / MILESTONE 03-4101 0716 / 0717 / 0721 / 0737 / 0738

 

 

 

 

DANA PENYERTAAN & PROMOSI ANTARABANGSA SAHAJA
PERKARA NO. TELEFON EMEL
PERMOHONAN 03-4104 1392 marketing@finas.my
PERJANJIAN KONTRAK
PERBATUAN / MILESTONE