#LensaFINAS
#LensaNegaraku
Putrajaya, 31 Ogos 2024 – Sekitar acara sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ yang disambut meriah dengan penyertaan 17,000 peserta dan lebih 100,000 pengunjung di Dataran Putrajaya yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang berkenan menyaksikan perarakan bersama Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024, barisan menteri Kabinet, timbalan-timbalan menteri, dif-dif kehormat dan perwakilan asing. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS dan YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS.
FINAS melalui Bahagian Kreatif dan Teknikal telah menyelaras penyertaan Kontinjen Industri Kreatif dan Animasi Malaysia dalam Acara Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 terdiri daripada 272 peserta ini merangkumi pelakon, penggiat belakang tabir, pempengaruh media sosial, 29 maskot watak animasi, serta kakitangan FINAS diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal FINAS, YBrs. Encik Ahmad Syazli Muhd Khiar.
Ia turut dimeriahkan dengan dua kereta berhias daripada Les’ Copaque Production dan Astro Shaw menampilkan maskot animasi popular seperti Upin dan Ipin selain promosi bersama pelakon utama filem yang bakal ditayangkan di pawagam iaitu Keluang Man, Nas-T dan filem Kahar: Kapla High Council antaranya Amir Ahnaf dan Aedy Ashraf.
Kredit Gambar : Jabatan Penerangan Malaysia
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#HKHM2024
#JiwaMerdeka
merdeka1