#LensaFINAS
Petaling Jaya, 29 Ogos 2024 – YBhg. Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS hadir ke program Layar Seni: Tayangan dan Apresiasi Filem “Sarjan Hassan” yang diadakan di Panggung 1, FINAS Petaling Jaya.
Filem “Sarjan Hassan”, yang dibintangi oleh legenda perfileman negara seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarhamah Saadiah, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, Allahyarham Salleh Kamil, dan Allahyarham Daeng Idris, bukan sekadar sebuah filem, ia adalah simbol keberanian dan pengorbanan dalam mempertahankan tanah air.
Program ini disusuli dengan kupasan ilmiah tentang makna dan relevansi filem “Sarjan Hassan” dalam konteks sejarah dan budaya Malaysia daripada barisan panelis, termasuk YBrs. Prof. Dr. Mahadi J Murat, seorang pengarah dan penulis skrip; En. Fedtri Yahya, seorang penyampai dan penulis yang terkenal dengan karya patriotik; dan Pn. Azizah Mahzan, pelakon dan seniwati serta dikendalikan oleh En. Wahab Hamzah, penulis.
Turut hadir En. Chacko George Vadaketh, En. Saeful Fadhly Hj Moktar, Ahli-Ahli Perbadanan FINAS; pegawai-pegawai FINAS, tetamu jemputan dan rakan media.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#JiwaMerdeka
layarseni