Sinopsis :
Pada peringkat awal perkembangan filem Melayu telah memperlihatkan gabungan bakat anak Melayu tempatan, Cina dan kemahiran seni perfileman dari bangsa India. Penghasilan buku ini juga dapat memperkenalkan kepada kita sejarah di mana pada awalnya persembahan wayang kulit menguasai pemikiran budaya hiburan masyarakat Melayu beberapa abad lamanya sehinggalah teknologi yang terkini yang telah menguasai perkembangan dunia perfileman tanah air. Buku ini juga merupakan adaptasi daripada buku berjudul Bermulanya Filem Melayu.
|