Mutiara Damansara, 8 April 2015 – Satu pertemuan bersama editor hiburan telah diadakan bertempat di The Royale Chulan, Damansara. Majlis yang bermula dengan pendaftaran jam 2.30 petang telah dihadiri oleh beberapa editor kanan media hiburan. YBhg Ketua Pengarah FINAS telah hadir melapangkan diri untuk bertemu para editor hiburan bagi mengeratkan lagi silaturrahim kedua belah pihak.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Pn. Khalidah Mohd Darus serta Penolong Pengarah Pentadbiran dan Transformasi, Pn. Ruzita Alias. YBhg. Ketua Pengarah telah memberi sedikit taklimat ringkas berkenaan isu semasa FINAS serta perkembangan terkini yang dikendalikan oleh pihak FINAS. Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang serta sesi soal jawab yang santai.
Teks : Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Foto : Shahriman Jimin
Unit Komunikasi Korporat