Hulu Kelang, 10 Mac 2015 – Satu lawatan akademik ke FINAS dari Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Penang. Seramai 8 orang pensyarah hadir di perkarangan bangunan utama FINAS sekitar jam 3.30 petang.
Mereka telah dibawa melawat kesemua kemudahan dan studio yang terdapat di FINAS. Pegawai yang bertugas telah membantu memberi penerangan sepanjang lawatan tersebut yang diketuai oleh Pn. Maria. Pihak USM seterusnya mengadakan satu perbincangan ringkas bersama Unit Latihan Industri yang diwakili oleh Pn. Norshilawati untuk mengetahui penerangan lanjut berkenaan latihan yang dianjurkan oleh pihak FINAS.
Teks : Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Jurufoto : Shahriman Jimin
Unit Komunikasi Korporat