Menceritakan tentang perkembangan filem Melayu yang bermula pada tahun 1933 sehingga kemuncaknya pada tahun 1950-an. Dua studio utama memainkan peranan penting dalam perkembangan filem Melayu di Singapura iaitu Malay Film Production Studio yang dimiliki oleh Shaw Brothers Organization dan Cathay Keris Studio di East Coast Road yang dimiliki oleh Cathay Organization.
Jejak Terbilang tulisan Aimi Jarr mendedahkan kisah peribadi 60 orang seniman dan seniwati filem Melayu yang tersohor yang pernah dan masih mewarnai dunia seni filem Melayu pada era kegemilangan filem Melayu iaitu era Studio Malay Film Production, Studio Cathay Keris dan Studio Merdeka Hulu Kelang. Beliau mengenali seniman dan seniwati ini sewaktu beliau menjadi wartawan hiburan majalah Gelanggang Filem di Singapura yang dimiliki oleh Tan Sri P.Ramlee.
Jins Shamsudin ialah nama besar dan tokoh filem Melayu yang tersohor. Penglibatannya dalam dunia perfileman tanah air menjangkau tempoh 50 tahun dan menempatkan ya sebagai karyawan filem berpengalaman luas. Penyertaannya dalam arena perfileman Melayu pada tahun 1956 menambah kehangatan era kegemilangan filem-filem Melayu khususnya terbitan Studio Jalan Ampas, Singapura. Jalan Ampas telah mencorakkan pelbagai aksi lakonan Jins Shamsudin. Anak kelahiran Perak ini juga mencipta nama sebagai pelakon bertaraf antarabangsa apabila ditawarkan berlakon di Hong Kong. Jins Shamsudin seniman sepanjang zaman yang berusaha gigih mencari perubahan, cabaran dan kemajuan sehingga kini.
Buku ini menggariskan cara penilaian sebuah filem dokumentari. Keunikan buku ini kerana menggunakan kaedah penilaian kualitatif yang boleh diberi nilaian angka dan pada yang sama bersifat kuantitatif. Penilaian kepada bentuk kuantitatif ini memudahkan tafsiran tentang mutu sebuah filem dokumentari untuk dihakimi.
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2015 – Barisan artis popular akan memeriahkan Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) yang akan berlangsung pada 2 September – 5 September ini.
Malam kemuncak FFM27 …
Selanjutnya
Sesi Dialog Industri Kandungan Multimedia bersama YB Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak Menteri Komunikasi Dan Multimedia yang telah diadakan di Studio Sound Stage, FINAS …
Selanjutnya
Majlis Perasmian Film Expo, telah mengumumkan calon akhir Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27) dan disampaikan oleh YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak Menteri Komunikasi …
Selanjutnya
Unit Modal Insan kandungan Kreatif dengan kerjasama pihak Malaysia Society Of Cinematographers (MySC) telah menganjurkan program seminar Phantom Flex4k Ultra Slow-Motion Workshops pada 4 Ogos dan Master Talk bersama …
Selanjutnya
Majlis “Kendurian” Raya Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak yang dihadiri oleh Ketua …
Selanjutnya