15284898_1011676792277757_1185916546948023986_n

Hulu Kelang, 5 Disember – Timbalan Menteri Kebudayaan Taiwan, Ting Hsiao-Ching telah mengadakan kunjungan hormat ke FINAS yang disambut oleh Pengerusi FINAS, YB Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib. Delegasi Taiwan yang disertai Hu We-Chiao, Timbalah Pengarah Kementerian Kebudayaan Taiwan dan para pegawai Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taiwan di Malaysia. Selain perbincangan dua hala berkaitan potensi kerjasama strategic dan pelaburan industri kreatif Taiwan-Malaysia, delegasi telah dibentangkan dengan informasi korporat FINAS dan lawatan berpandu ke Studio Sound Stage.

Menurut Khusairi, kunjungan diplomatic seperti ini memberi platform kepada penerokaan potensi kerjasama antarabangsa di antara kedua-dua belah negara melalui peranan dan fungsi FINAS bagi membangunkan industry kandungan dan menjana kepada pelaburan asing ke dalam negara selain mengukuhkan eksport kandungan keperingkat global. Bagi Ting Hsiao-Ching, Timbalan Menteri Kebudayaan Taiwan, FINAS merupakan badan strategik yang semakin dikenali di peringkat antarabangsa dan kerjasama global mampu menjana kepada perkongsian kepakaran, teknologi dan pasaran yang memberi manfaat kepada karyawan industri Malaysia dan Taiwan.

Turut hadir mewakili FINAS adalah En.Zahrin Aris, Ahli Perbadanan, Azmir Saifuddin Mutalib, Pengarah Komersil dan Ahmad Syazli Muhd Khiar, Pengarah Komunikasi Korporat.