Filem ‘Dukun’ arahan Dain Said yang mencetuskan fenomena tahun ini dengan kutipan melebihi RM10 juta akan melebarkan sayap untuk tayangan di pawagam Indonesia bermula 8 Ogos ini. Diterbitkan Astro Shaw, filem yang menunggu selama 12 tahun untuk ditayangkan itu menampilkan pelakon hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Adlin Aman Ramli, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat, Elyana dan ramai lagi.
Diedarkan Feat Pictures di seluruh Indonesia melibatkan 33 buah pawagam di lokasi seperti Jakarta, Depok, Tangerang, Cikarang, Bogor, Bekasi, Serang, Karawang, Bandung, Semarang, Tegal, Batu, Malang, Jember, Bali, Kupang, Palembang, Medan, Jambi, Balik Papan, Manado, Bau Bau, Makassar, Mamuju, Mojokerto, Pekan Baru, dan Batam.