Kuala Kangsar, 15 April-YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah melancarkan program Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Perak di Dataran Pavilion Kuala Kangsar, Perak hari ini. Program ini adalah salah satu inisiatif kerajaan menyemarakkan semangat mencintai negara dan tanahair di kalangan seluruh rakyat Malaysia melalui manifestasi program-program di segenap lapisan. Di dalam ucapan perasmian beliau, peranan rakyat sebagai tunjang negara melalui semangat perpaduan dan keharmonian.
Program yang dihadiri kira-kira 10,000 orang ini turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kader.
Di samping itu, FINAS juga telah berpeluang menyertai pameran interaktif di booth KKMM dengan pengisian eksplorasi bakat generasi muda, promosi kandungan digital E-Heritage dan Mediatheque FINAS dan integrasi ilmu industri bersama komuniti 1Malaysia.
#ekspresinegaraku
#negaraku