Hulu Kelang, 12 Mei – Majlis Perhimpunan Bulanan FINAS Siri 2/2017 telah diadakan di Pawagam Mini P.Ramlee yang telah dihadiri para penjawat FINAS di seluruh negara. Di dalam amanat beliau, YBhg. Ketua Pengarah, Dato’ Fauzi Ayob telah menyatakan kepentingan pembangunan sahsiah merangkumi disiplin, amanah dan integriti sebagai penjawat awam di dalam berkhidmat kepada rakyat. Selain itu, pembangunan ilmu dan jaringan perhubungan pasukan perlu terus diperkasakan bagi memacu pembangunan organisasi secara dalaman dan yang melibatkan pihak industri.
Selain perkongsian informasi berkenaan penerbitan promo dan dokumentari terbaharu FINAS, majlis turut meraikan sambutan hari lahir para penjawat yang menyambutnya dari bulan Mac sehingga Mei. Hadir sama adalah Encik Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, pegawai pengurusan tertinggi serta para penjawat FINAS.