#TransformasiCitraKarya
#FestivalFilemMalaysia
#FFM29 @FFM29Official
SINEMATOGRAFER DAN MAGIS SINEMA
Bukar sekadar menterjemah visi pengarah di dalam visual yang dirakam, mereka juga perlu menyatukan rasa, emosi, warna, mood dan alam bagi mewujudkan jalinan ‘visual storytelling’ yang bermakna dan berkesan. Peka, fokus, halus, tajam, kreatif dan kritis adalah sifat yang perlu bersatu dengan amanah yang dipikul.
Legasi dunia sinematografi di dalam filem tempatan turut menyaksikan di antara nama-nama seperti di bawah yang turut berjuang mencipta kekuatan industri sinema kita.
Pernah menang dan tercalon di sepanjang penganjuran Festival Filem Malaysia, nama-nama mereka yang di belakang tabir ini pastinya ada magis yang tersendiri.
Filus Ghazali (Waris Jari Hantu, Tanda Putera, 1957:Hati Malaya, Pontianak Harum Sundal Malam dll), Nuri Harmaini (Tsu Feh Sofiah, Putera, Kad Cinta dll), Zainal Othman (Abang, Pemburu, Matinya Seorang Patriot, Bintang Malam, Wanita Bertudung Hitam dll), Johan Ibrahim (Dia Ibuku, Yassin, Ranjau Sepanjang Jalan, Anak Sarawak, Puteri dll), Allahyarham Jamal Maarif (Ali Setan, Hantu Siang, Fantasi, Selubung dll) & Indra Che Muda (Qaisy dan Laila, Cicakman, Estet, Santau dll)
Gambar Bawah (Dari Kiri)
Raja Mukhriz (KL Menjerit, Gangster, KL Menjerit 1, Bilut, Syaitan, Penanggal, Kala Malam Bulan Mengambang dll), Filus Ghazali, Bade Hj Azmi (Pelumba Malam, Fenomena, Hati Bukan Kristal, Abang 92, Femina dll) & Indra Che Muda.