Kota Belud, 11 Februari – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Kelab Anak Belia Taritipan (ANTABAR) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pasca Produksi Audio yang berlangsung sejak 7 Februari lalu di Kota Belud, Sabah. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Muhammad Rahsidi, seorang penggiat kreatif yang berpengalaman dalam bidang produksi audio video. Seramai 30 orang peserta bengkel telah didedahkan mengenai pendedahan asas produksi audio video dan komponen sistem tanpa wayar (wireless).
Majlis Penutup & Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Japlin bin Haji Akimi, Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sabah. Turut hadir Penasihat Industri Kreatif FINAS Sabah & Sarawak, Datuk Deddy M Borhan, wakil komuniti, dan ahli kelab belia.