Singapura, 25 Ogos-Filem Melayu klasik terbitan Cathay Keris, ‘Orang Minyak’ (1958) arahan Tan Sri L. Krishnan telah kembali menemui penonton melalui tayangan premier filem tersebut yang telah dibaikpulih melalui teknologi restorasi digital dan preservasi di Capitol Theater, Singapura malam tadi. Dianjurkan oleh Asian Film Archive, Singapura melalui program, ‘Asian Restored Classics’ ini telah memberi pengalaman baharu buat penonton tempatan dan antarabangsa yang hadir menyokong filem bergenre drama dan supernatural lakonan Salmah Ahmad, Nordin Ahmad, M.Amin, Mariam dan ramai lagi ini mengenai misteri orang minyak yang menghantui masyarakat di zaman moden dan hubungkait dengan pelbagai motif dan latarbelakang manusia di dalam sebuah rumah.
Di dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah kandungan audiovisual klasik dan kontemporari Asia termasuk filem selain mempromosikan apresiasi sinema melalui jaringan ilmu dan kesedaran, Asian Film Archive yang beroperasi di Singapura telah menganjurkan program ‘Asian Restored Classics’ untuk tahun 2018 yang menampilkan 9 buah filem klasik dari tahun 20an ke 90an yang telah dibaikpulih melalui proses teknologi restorasi digital dan preservasi