#LensaFINAS
NOTIS PEMAKLUMAN PEMOHONAN BAHARU LESEN PENGELUARAN FILEM (PF)
Adalah dimaklumkan mulai 3 Julai 2023, permohonan baharu untuk Lesen Pengeluaran Filem (PF) adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
Pemohon mesti berdaftar sebagai Pemilik Syarikat Sdn. Bhd. dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
● Modal Berbayar (Paid-up Capital) syarikat tidak kurang RM50,000.00
ATAU Pemohon berdaftar sebagai pemilikan tunggal/perkongsiaan (Pendaftaran Perniagaan) perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
● Mengemukakan salinan kad pengenalan perseorangan dan rakan kongsi;
● Mengemukakan Salinan pendaftaran Perniagaan (maklumat perniagaan terkini)
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem Pengurusan dan Pemantauan Industri Kreatif (SPPIK) atau sppik.finas.my
Maklumat lanjut permohonan boleh disemak melalui Garis Panduan Permohonan Baharu Lesen Pengeluaran Filem/Video.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian :
FINAS Ibu Pejabat : 03 4104 1300/1360/1458
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
#FINASMalaysia