#LensaFINAS
KUCHING, 27 Mei 2024 – Sekitar Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional 2024 (HAWANA 2024). YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan majlis yang diadakan di Kuching, Sarawak.
Kehadiran pengamal media dari dalam dan luar negeri telah hadir ke majlis ini. Sebuah Video Khas terbitan FINAS Borneo juga telah ditayangkan semasa Majlis ini diadakan.
Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan dibawah Kementerian Komunikasi.
#HAWANA2024
#FINASMalaysia
#Filemkitacitrakita
#MalaysiaMadanilensa2