#LensaFINAS
Johor Bharu, 13 Jun 2024 – Sekitar Majlis Perasmian Kazan (Russia) International Muslim Film Festival kali ke-20 yang disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dengan kerjasama International Institute Advanced Islamic Studies (IAIS).
Festival filem ini merupakan kali pertama yang dilaksanakan dengan kerjasama PPAJ yang akan menganjurkan sesi diskusi di antara pengarah filem Kazan dengan pengarah-pengarah filem tempatan serta pelajar-pelajar. Ia bertujuan memperluaskan peranan perpustakaan awam dalam mempromosikan budaya, pendidikan dan kesenian melalui media lain iaitu filem. Sebanyak 7 buah filem akan ditayangkan selama 3 hari bermula 13-15 Jun 2024 seperti Ibn Fadlan, Tarlan, Almandar of Aldermysh, Ostazbika, Mullah, Halima dan My People of Tatars.
Sejajar dengan titah Yang Amat Mulia dan perkongsian dua hala bersama YBhg. Dato’ Azmir Saifudin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS menyambut baik dan menyokong penganjuran program seumpama ini dan ia juga adalah salah satu strategi FINAS dalam meningkatkan pembudayaan, penontonan serta apresiasi sinema berkualiti melalui kerjasama strategik pelbagai agensi dan komuniti filem di seluruh negara
Turut hadir TYT Naiyl M. Latypov, Duta Persekutuan Rusia ke Malaysia; Puan Ungku Hajah Noorakmal Ungku Sulaiman, Pengarah PPAJ; delegasi dari Kazan (Russia), penggiat-penggiat industri, tetamu jemputan dan wakil-wakil media.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#KazanRussiaInternationaMuslimFilmFestival
@johorlibrary
@iaismalaysia

1