1_1

#LensaFINAS
Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 – Sekitar program Sesi Libat Urus & Jalinan Mesra Bersama Pengusaha Pawagam – Siri 2, yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE).
Program kali kedua dalam siri sokongan industri pawagam, bertujuan untuk menggalakkan perkembangan industri pawagam di negara ini serta memperkukuhkan kerjasama antara pengusaha pawagam dan pihak kerajaan.
Turut hadir YBhg. Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS, Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif); Tn. Haji Mohamad Khir bin Mat Lazim, Pengerusi LPF; Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS; Encik Yazman Yahya, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan Kementerian Komunikasi; Encik Panchacharam a/l Nalliah, Pengerusi PFM; Pegawai-pegawai FINAS serta wakil-wakil dari pelbagai pawagam utama seperti GSC, TGV, LFS, MMC, 10Star, Paragon, Bona Cinema dan Dadi Cinema.
#KementerianKomunikasi
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMadani