summer
#LensaFINAS
#JomKePanggung
Kuala Lumpur, 16 Julai 2024 – YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi hadir ke Malam Gala Filem Snow In Midsummer terbitan bersama Malaysia’s SunStrong Entertainment, Singapore August Pictures, Taiwan Creative Content Agency (TAICCA), Taipei Film Commission, Swallow Wings Film, Southern Islet Pictures dan Janji Pictures Production yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion.
Filem bergenre drama yang diarahkan Chong Keat Aun ini menampilkan pelakon-pelakon dari Malaysia, Taiwan dan Singapura seperti Wan Fang, Pearlly Chua, Recen Cheng, Pauline Tan, Peter Yu dan Alvin Wong. Filem ini turut menerima sokongan dan galakan kerajaan melalui Dana Kandungan Digital (DKD) daripada FINAS dan akan menemui penonton diseluruh pawagam mulai 18 Julai 2024.
Terdahulu filem ini telah memenangi Kesan Bunyi Terbaik di 60th Golden Horse Awards, menerima anugerah Special Mention Musa Cinema and Arts Award di 80th Venice International Film Festival pada tahun 2023, dan merangkul Anugerah Filem Terbaik (Young Cinema Competition – Firebird Awards (Chinese Language) di Festival Filem Antarabangsa Hong Kong ke-48 tahun 2024.
Turut hadir Tn. Hj Noor Azam bin Shairi, Timbalan Pengerusi FINAS; YBhg. Dato’ Azmir Saifudin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS; tetamu jemputan dan rakan media.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#SnowInMidSummer
#WajibTayang