Jakarta, 27 Nov – Chew Kin Wah, aktor handalan Malaysia berjaya meraih anugerah Aktor Pembantu Pilihan (disebut Aktor Pendukung Pilihan) di festival tahunan, Festival Filem Tempo (FFT) 2017 melalui peranan sebagai Koh Afuk, seorang bapa di dalam filem Indonesia arahan Ernest Prakasa, Cek Toko Sebelah. Kin Wah yang meraih anugerah sebelum ini di Indonesia Box Office Movie Awards menerusi filem ini juga menerima penghargaan barisan juri profesional kerana berjaya menterjemah ranging karakter yang luas dan berkesan.

Berlangsung di Epicentrum Walk, Jakarta, kejayaan Kin Wah yang turut bersaing bersama rakan aktor Malaysia, Bront Palarae (Pengabdi Setan), Fuad Idris (Bid’ah Cinta), Yayu Unru (Posesif), serta Yono Daryono (Turah) di dalam kategori ini dikongsi bersama barisan pemenang lain di antaranya seperti Filem Pilihan (Marlina: The Murder in Four Acts), Sutradara Pilihan (Wicaksono Wiswu Legowo/Turah), Aktor Pilihan (Slamet Ambari/Turah) dan Aktres Pilihan (Marsha Timoty/Marlina: The Murder in Four Acts), Aktres Pembantu Terbaik (Ayu Laksmi/Pengabdi Setan).

#FFT2017
📷 Kredit: Nikenerlangga, Chew Kin Wah