Di dalam aspirasi pemerkasaan kemahiran modal insan industri kreatif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Unit Latihan Industri mengalu-alukan penggiat industri kreatif yang mempunyai asas dan pengalaman untuk menyertai Bengkel Latihan Perfileman (Pertengahan) yang akan disampaikan oleh barisan tenaga pengajar berpengalaman seperti butiran di bawah;

1. Bengkel Teknik Kamera Video
Tenaga Pengajar: Raja Mukhriz
Tarikh Bengkel: 10 hingga 14 Ogos 2020

2. Bengkel Lakonan
Tenaga Pengajar: Namron
Tarikh Bengkel: 10 hingga 14 Ogos 2020

3. Bengkel Solekan Kesan Khas
Tenaga Pengajar: Ella Sandera
Tarikh Bengkel: 10 hingga 14 Ogos 2020

Anda dijemput untuk mendaftar secara atas talian di link berikut selewat-lewatnya pada 3 Ogos 2020 (Isnin):

Link Bengkel Teknik Kamera Video : https://forms.gle/pZ6WnAARqztbqjJw8
Link Bengkel Lakonan: https://forms.gle/6G74GVFJdexA2VDt5
Link Bengkel Solekan Kesan Khas
https://forms.gle/uUu476p4txnhExMY8

** Tempat adalah terhad dan peserta yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Unit Latihan Industri FINAS di talian 03-41041467/1468

POSTER BENGKEL PERTENGAHAN