Sungai Petani, 8 April– Ketua Setiausaha Negara, YBhg.Tan Sri Dato’ Dr. Ali Hamsa hari ini telah melancarkan program Ekspresi Negaraku Peringkat Negeri Kedah di Perkarangan Amanjaya Mall di Sungai Petani, Kedah. Program ini adalah salah satu inisiatif kerajaan menyemarakkan semangat mencintai negara dan tanahair di kalangan seluruh rakyat Malaysia melalui manifestasi program-program di segenap lapisan. Di dalam ucapan perasmian beliau, peranan penjawat awam sebagai tonggak kerajaan turut disentuh yang mana mampu membina landasan strategik bagi menyemai semangat kenegaraan di kalangan rakyat.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, ketua-ketua jabatan dan agensi serta rakyat jelata di negeri Kedah Darul Aman. FINAS juga berpeluang menyertai pameran interaktif di booth KKMM dengan pengisian eksplorasi bakat generasi muda, promosi kandungan digital E-Heritage dan Mediatheque FINAS dan integrasi ilmu industri bersama komuniti 1Malaysia.

#ekspresinegaraku
#negaraku