FAUZIAH Abdul Rauf, 69, sememangnya satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia kewartawanan tanah air. Wanita yang dilahirkan di Gunung Semanggol, Perak ini telah pun mengabdikan diri lebih 40 tahun dalam bidang kewartawanan. Cintanya terhadap bidang tersebut khususnya dunia filem dan muzik juga bukan lagi satu rahsia.
Tidak hairan, beliau menjadi tokoh pertama yang diangkat sebagai Tokoh Wartawan Hiburan dalam majlis Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (AKIFMA) 2017 yang baru saja berlangsung pada 24 November lalu.