Hulu Kelang, 24 September – Selaras dengan aspirasi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan FINAS bagi pembangunan sinema Malaysia melalui pemerkasaan kandungan yang berkualiti, inisiatif tersebut terus dipacu dengan penganjuran SkripSkrin 2018 sebagai platform galakan kepada Malaysia untuk menyumbang skrip merangkumi idea,penceritaan dan kreativiti mereka yang akan diterjemahkan kepada penerbitan dokumentari, Pesanan Khidmat Awam (PSA) dan video pendek khas IPTA/IPTS dengan tema ‘Inspirasi MalaysiaKU’.

Menurut Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, FINAS, aspirasi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Tuan Gobind Singh Deo bagi terus memperkukuhkan komunikasi di antara kerajaan dan rakyat dengan lebih berkesan mampu dimanifestasikan melalui fungsi penerbitan kandungan oleh FINAS. Ujarnya lagi, “Inspirasi MalaysiaKU ini bermaksud keaslian karya penulis tempatan yang berjaya menterjemah keunikan nilai, wajah, warna dan budaya tempatan dengan impak kenegaraan atau semangat sayangi Malaysia.

Diselia Bahagian Kreatif & Teknikal FINAS, SkripSkrin 2018 yang telah bermula secara rasmi dari hari ini 24 September 2018 sehingga 31 Oktober 2018 ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyumbang skrip mereka dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik berbentuk wang tunai, trofi, sijil penyertaan dan tajaan program inkubasi serta latihan insentif bersama FINAS.

Untuk maklumat lanjut , layari www.finas.gov.my atau media sosial rasmi FINAS di @FINASMalaysia atau hubungi Urusetia En.Jamaludin Bakar/En.Aidi Emizul Rasidi di 03-79682180/03-79682130. Jangan ketinggalan, rebut peluang ini untuk menonjolkan karya anda!