15327425_1013276152117821_4203655941212576179_n

Oleh : Finas Malaysia

Usaha berterusan kerajaan melalui peranan strategik dan transformasi ekosistem berpandukan pembangunan ekonomi industri oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) terus diperkasakan melalui misi pemasaran antarabangsa bagi kandungan kreatif di Asia Television Forum & Market yang berlangsung secara rasmi dari 7 sehingga 9 Disember 2016 di Marina Bay Sands – sebuah pasaran kandungan kreatif global signifikan di rantau Asia melalui penyertaan 21 buah syarikat produksi Malaysia yang berpayung di bawah Pavilion Malaysia dan menawarkan lebih daripada 1,000 kandungan kreatif berkualiti melalui variasi sektor dan seperti filem, animasi, siri TV, dokumentari, applikasi digital dan media baru kepada 6000 pelabur, penyiar, syarikat dan penyedia kandungan global dari 50 buah negara.

Menurut Ketua Delegasi, YB Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi FINAS, “peranan kerajaan melalui pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan peranan strategik FINAS memanifestasikan usaha meningkatkan perdagangan dan pelaburan eksport kandungan kreatif tempatan ke peringkat antarabangsa seperti di ATF ini adalah selaras dengan misi kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi dan Malaysia tentunya berpotensi untuk terus dijana sebagai hub kandungan bertaraf global” ujarnya yang turut menerima kunjungan hormat Mr. Chee Hong Tat, Menteri Negara, Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura.

Sehubungan dengan misi pelaburan eksport ke peringkat antarabangsa, beliau menyifatkan peranan dan transformasi FINAS berada di landasan yang tepat dengan pengukuhan dan pengiktirafan sebagai badan perfileman dan kandungan yang semakin diyakini di peringkat dunia. Ujarnya lagi “FINAS melalui pasukan Komersil Antarabangsa berperanan penting sebagai mission leader dan fasilitator syarikat Malaysia dengan sasaran nilai potensi pelaburan eksport kandungan sebanyak RM240 juta pada tahun 2016 ini melalui kerjasama produksi, jualan dan pelesenan produk oleh syarikat Malaysia melalui penyertaan dan peranan berterusan di program pasaran dan perdagangan antarabangsa termasuk di ATF ini ini”.

Untuk edisi tahun ini, FINAS juga telah menyediakan platform strategik B2B sebagai jaringan urusniaga di antara syarikat Malaysia dan China selain perbincangan strategik dengan negara-negara peserta seperti Singapura, Taiwan, Jepun, Kanada, USA dan Australia. Melalui kerjasama dan sokongan FINAS bersama Creative Content Association Malaysia (CCAM) juga, sebanyak 5 buah projek telah dipilih mewakili Malaysia sebagai Country of Focus pada tahun ini iaitu Sama Laut, Terbalik, The Flying Tigers, The Wave dan Devoted untuk Southeast Asia Financing Project (SAFF) yang menyediakan platform secara langsung kepada karyawan industri untuk berhubung dengan pelabur, penyiar, ejen jualan dan rakan produksi asing bagi projek-projek baru terbitan mereka iaitu:

The Wave | Directed by Jose Wei Ping Leong | Produced by Chris T. Weatherspoon | Malaysia

The Flying Tiger | Directed by Naeim Ghalili | Produced by Abd Samad Hassan | Malaysia

Devoted | Directed by Tony Pietra | Produced by Iman Corinne Adrienne and Damon Chua | Malaysia

Terbalik | Directed by Yasu Tanaka | Produced by Bea Tanaka | Malaysia

Sama Laut | Directed by Madnor Kassim | Produced by Siti Marzuliana Marzuki and Zuliana Ismail | Malaysia