Ranau, 10 September- Sekitar Hari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) peringkat kebangsaan yang berlangsung di Kundasang, Sabah yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Penyertaan FINAS sebagai agensi pembangunan industri yang memanifestasikan spektrum kompetensi UNESCO iaitu pendidikan, saintifik dan kebudayaan turut dipaparkan melalui platform pameran interaktif teknologi pendigitalan restorasi dan arkib kandungan, dokumentari pemuliharaan warisan dan pembangunan data. Selain itu, eksplorasi bakat anak tempatan turut diadakan melalui penyertaan anak jati Sabah, Adeline Tsen dan Azwan Kombos di segmen ‘Potensi’.
Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun dan Pengarah Biro Sains UNESCO Wilayah Asia dan Pasifik, Dr Shahbaz Khan.