Petaling Jaya, 17 Mei – Di dalam aspirasi pembangunan ekonomi kreatif melalui transformasi penyampaian dan perkhidmatan, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS hari ini meneroka potensi kerjasama strategik dua hala bersama Huawei Malaysia yang diwakili YBrs. En. Dikhwan Hady Darnalis, Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi. Sebagai syarikat penyedia infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan peranti pintar, dengan penyelesaian bersepadu meliputi empat domain — rangkaian telekom, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, FINAS terus mendukung strategi pembangunan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) melalui sinergi bersama pihak swasta yang mampu menjana kepada perkhidmatan yang lebih efisien kepada penggiat industri termasuklah aspek pemerkasaan ekonomi digital, pembangunan 5G, teknologi audio visual, pemasaran digital, pendidikan dan ekosistem pintar untuk industri kreatif.

1