Petaling Jaya, 16 Mei-Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan jaringan sinergi dua hala, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan barisan kepimpinan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketuai YBhg. Prof Dato Dr Ibrahim Che Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, YBhg Prof Madya Ahamad Tarmizi Azizan, Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK, YBrs En Aswawi Isa, Penyelaras Creative Techno Park (CTP) UMK dan En. Faizzudin, Pegawai Khas. Selain percambahan idea dan input secara langsung berkaitan pemerkasaan industri, platform komunikasi strategik di antara FINAS dan UMK ini turut memberi ruang kepada penerokaan cadangan dan potensi kerjasama di dalam bidang yang berkaitan merangkumi pembangunan modal insan, penyelidikan, pembudayaan sinema, pendidikan, pemasaran dan polisi. Ini adalah selaras dengan peranan penting FINAS di dalam memperkasakan ‘roadmap’ dan inkubasi bakat buat generasi muda khususnya di institusi pengajian tinggi sebagai salah satu platform yang bakal melahirkan karyawan pelapis industri.

1