#LensaFINAS
Kuala Lumpur, 13 Mei 2024 – YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS hadir dan menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Norman Pang Group (NPG), Evolve Capital Advisory dan MCI Capital di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar.
MCI Capital melancarkan Dana IPO Asia, dana modal dinamik yang mempercepat pertumbuhan dan pembangunan merentasi pelbagai sektor, khususnya pasaran modal dengan saiz dana berjumlah sehingga RM250 juta. NPG turut menyatakan komitmennya terhadap pelaburan yang signifikan dalam usaha memperkuatkan pembikinan filem tempatan dan mempromosikan bakat tempatan di peringkat global. NPG akan memulakan kerjasama dengan FINAS untuk melabur sebanyak RM25juta dalam industri hiburan tempatan dengan sasaran utama pelaburan adalah pembikinan dan pengedaran filem.
Turut hadir bersama YBrs. En Saeful Fadhly Hj. Moktar, Ahli Perbadanan FINAS, tetamu jemputan dan wakil-wakil media.
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
lensa2