#LensaFINAS
LHDN

Cyberjaya, 18 Julai 2024 – YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sejajar dengan strategi FINAS untuk membangunkan industri perfileman sebagai pemacu ekonomi, fokus utama perbincangan termasuk insentif bagi menarik pelabur dan peluang perniagaan untuk industri perfileman tempatan, pelaksanaan Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan serta isu “withholding tax” yang dibentangkan semasa ucapan Belanjawan 2024.
Turut hadir YBhg. Datin Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Pengarah dan Pegawai-pegawai kanan LHDN dan FINAS.
Kredit Gambar : @lembagahasildalamnegeri
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#Filemkitacitrakita
#MalaysiaMadani
#LHDN