#LensaFINAS
Cyberjaya, 21 Julai 2024 – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang di adakan di Cyber Event Hall.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sebagai pengisian program antaranya penglibatan agensi di bawah Kementerian Komunikasi (KK) termasuk FINAS melalui pameran interaktif dan tayangan video Hari Kebangsaan.
Turut hadir YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi; YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi; YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS menteri-menteri kabinet, dif-dif kehormat, ketua-ketua jabatan dan agensi, pegawai-pegawai FINAS, komuniti setempat dan rakan media.
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#HKHM2024
#JiwaMerdeka

merdeka