#LensaFINAS
Petaling Jaya, 21 Julai 2024 – YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS hadir ke majlis perasmian BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup) yang diadakan di Sunway Pyramid, Petaling Jaya.
Kejohanan yang julung kali diadakan di Malaysia ini disertai dari pelbagai negara Asia seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Turut berlangsung, pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara TAKARATOMY dan ADK Emotions Inc. dari Jepun dengan dua syarikat tempatan, Animasia Studio Sdn. Bhd. dan One Universal Production Sdn. Bhd. (OUP) dimana Animasia sebagai pemegang lesen utama jenama BEYBLADE serta pelancaran siri TV BEYBLADE X terbaru di Astro CERIA, yang mula ditayangkan pada 18 Julai 2024.
Turut hadir Shozo Hirano, Pengarah Tomy Asia Limited, YBhg. Dato’ Mahyidin Mustakim, Presiden Creative Content Association Malaysia (CCAM), Katsuki Masai, Ketua Pengeluar Peniagaan ADK Emotions Inc., En. Raye Lee, Pengarah Eksekutif Animasia Studio Sdn. Bhd., En. Alvin lee, Ketua Pengarah Eksekutif One Universal Production Sdn. Bhd., Cik Nadirah Karim, Ketua Kandungan Islamik dan Kanak-Kanak Astro Malaysia, para tetamu dan rakan media.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#BeybladeX

beyblade