#LensaFINAS
Kota Kinabalu, 14 September 2024 – Sekitar majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada peserta Program One Step Closer: Bengkel Pengarahan Drama TV anjuran FINAS melalui Bahagian Pembangunan Industri yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bertempat di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu, Sabah.
Bengkel kendalian YBhg Dato’ Jurey Latiff, seorang penerbit dan pengarah filem berpengalaman ini dihadiri seramai 20 orang peserta dari kalangan penggiat industri kreatif dan penjawat awam di Negeri Sabah.
Turut hadir YBrs En. Muhammad Ar-Riyyan Mohamad Roslan, Pengarah Pembangunan Industri, YBrs Encik Mohammad Rizal Bin Mohamed Yunus Pengarah FINAS Borneo dan pegawai FINAS.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#OneStepCloserFINAS
459743840_18371405302100204_4663579607897580545_n