#LensaFINAS
KOTA KINABALU, 13 September 2024 – YBhg Dato’ Kamil Othman, Pengerusi FINAS, telah menyampaikan sumbangan Ziarah Seni Madani 2024 yang diadakan di Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu.
Program kendalian Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS ini bertujuan untuk menghargai sumbangan penggiat industri dalam industri perfileman di negeri Sabah. Sebagai makluman, penerima yang menerima sumbangan pada sesi Ziarah Seni Madani kali ini adalah En Binjuil Baladus (artis rakaman) dan En Azmi Johny (penggiat belakang tabir).
Sumbangan berupa bakul keperluan harian serta wang tunai sebagai salah satu inisiatif dalam menjayakan program ziarah di bawah Jawatankuasa ini bagi mengekspresikan keprihatinan dan juga kebersamaan dengan nasib warga penggiat industri yang ditimpa kesusahan serta keuzuran.
Turut hadir YBrs. En. Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi), Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri FINAS, YBrs. En. Saeful Fadhly Hj Moktar, Ahli Perbadanan FINAS, YBrs. En Muhammad Ar-Riyyan Mohamad Roslan, Pengarah Pembangunan Industri, Cik Drussela Brigit Anak Rijeng, Ketua Unit Kreatif Cawangan Sabah dan pegawai FINAS.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani
#ZiarahSeniMadani2024

459739970_18371277775100204_4807054292243617346_n